Jadilah gadis yang berada di dalam bekas kaca.. tak bisa di sentuh, hanya boleh dipandang... jadilah permata yang begitu berharga..
Rabu, 27 Oktober 2010
Lensa Terbaik Anugerah Terlalu SEMPURNA
Nak dapatkan bokeh yang cun? Nak buat close-up yang mantap? nak hasil yang sharp?
Yess! semua boleh dapat dengan hanya menjaga MATA anda~
Dengan mata saja kita akan dapat white balance yang sempurna.. dengan mata saja kita dapat warna yang begitu indah, dengan mata saja kita dapat bokeh yang begitu cunnn... dengan mata saja kita dapat seperti lensa wide yang terlalu wide.. malahan tak perlu L lens @prime lens atau body full frame yang ribu-ribu.. hanya perlukan tambahan assessories seperti teropong atau kanta pembesar.. :D Bezanya kita tak dapat nak freeze moment tu.. itu aje.. tapi kita boleh save kat PC yang paling power iaitu OTAK... Teetttt... sorry lah kalau ada yang tersilap.. sebab Jeng ni baru jer dalam fotografi ni.. sebab tu la kureng nak cakap pasal fotografi ni.. :D :D
Sorry lah.. Jeng bukan nak cakap pasal fotografi dan yang sewaktu dengannya.. Tetapi, Jeng nak kongsi satu mende yang begitu penting dalam hidup kita yang mana kadang-kadang kita lupa nak jaga..
Kita selalu saja lupa nak jaga kesihatan mata, sibuk nak jaga body lah, sibuk nak jaga diet la, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan pelajaran tak kurang jugak ada yang sibuk nak menyibuk hal orang lain @ senang cerita, sibuk nak jaga tepi kain orang lain.. Nggeeee.. okeyh~ keluar topik sudah!
Memandangkan Jeng baru jer tersedar rupanya mata Jeng dah semakin kabur dan blur2 gitu..
Ntah sebab ape pun tak tahu.. maybe jugak sebab mengadap PC 10jam/7hari kot... (buat drawing+fb+blog+editting+dan yG sebagainya) :D
So.. Jeng nak kongsi tips penjagaan mata ni.. Untuk Jeng dan anda2 yang tengah dudok depan PC tu hari-hari.. lalalalala.. :D :D
Mata adalah anugerah Tuhan yang terlalu sempurna.
1. Buat pemeriksaan mata.
Sesiapa yang bekerja mengadap komputer hari-hari tu kenalah berwaspada. Buat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali tau! Pemeriksaan mata nie penting untuk mengesan masalah rabun @ Dry eye.
2. Gunakan pencahayaan yang bersesuaian.
Mata letih? gunakan eyemo.. hihhihi. OKEYH.. begini.. sekiranya anda di pejabat atau di rumah, pastikan menggunakan lampu dengan bilangan yang sedikit sahaja. Elakkan dari meletakkan PC atau laptop berhampiran tingkap yang mana akan menabah kuantiti cahaya..
3. Kurangkan silau.
Silau boleh terjadi akibat daripada pantulan cahaya dari skrin laptop @ PC. So.. kalau boleh, elakkan penggunaan warna dinding yang cerah seperti warna putehh dan gunakan lah skrin komputer yang ada filter tuhh..
4. Kelipkan mata dengan kerap.
Eyhh.. ?? Cuba senaman ni : Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan sehingga menutup mata seluruhnya.. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.. (untuk mengelakkan daripada DRY-EYE..
5. Rehatkan mata.
Ubah pandangan pada jarak yang jauh selama beberapa minit. Selalu lah lihat permandangan yang indah yang kehijauan macam hutan rimba tuhhh.. Selain dapat merehatkan mata, juga dapat merehatkan serta mendamaikan minda.
6. Berehatlah sebentar..
Kalau tengah bekerja, berehatlah sebentar.. minum air ker, makan ker tak pun tido jap.. hehe.. kalau tengah melayan game tu.. rilek arr kejap, takkan lari 'fame' dikejar.. hihihi.. :D
&. Tidur lah dengan cukup
So.. Jeng nak ingatkan diri Jeng dan anda sekalian.. gunakanlah anugerah ini dengan baik.. dan jagalah kesihatan mata anda.. :D :D
Jeng mengidam lah L lens tuh.. hihihihi... :D:D
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan