Halaman

Sabtu, 12 Mei 2012

Jalan selepas SPM...

Salam....

Jeng... Lama Jeng tak menulis dalam blog, asyik merepek dalam FB je.. bosan gak..

Ok... baru-baru ni keputusan UPU keluar untuk ambilan lepasan SPM 2012.. banyak gak Jeng tengok adik-adik yang tak puas hati sebab tak dapat tawaran oleh UPU walau keputusan baik. Bagi yang tak dapat boleh buat rayuan.


"Permohonan anda akan diproses dan pemilihan untuk mereka yang berjaya diperingkat rayuan adalah untuk mengisi tempat kosong pelajar yang tidak mendaftar di IPTA. Bilangan kekosongan sebenar hanya diketahui selepas pelajar baharu melapor diri kelak. Lazimnya tidaklah terlalu banyak, antara 5% ke 10% sahaja.

Walau apapun, para pelajar lepasan SPM masih berpeluang melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 atau Matrikulasi KPM atau lain-lain institusi.
Janganlah kegagalan anda mendapat tempat program Asasi dan Diploma IPTA/Politeknik Premier ini menggelapkan masa depan...Lapangkan dada, kuatkan azam, gandakan ketekunan, PASTI kejayaan menunggu dihadapan kita INSYAALLAH..." - Pengarah UPU.. 


kepada adik-adik yang tidak ditawarkan tempat di UPU, jangan kecewa, jangan putus asa, jangan mengeluh... 

Duhai adik-adik..
Allah telah tetapkan tempat yang sesuai buatmu..
Allah telah aturkan yang terbaik bagimu..
Allah tidak akan memberi apa yang dikau mahukan adikku...
Allah akan mengurniakan apa yang sepatutnya kau miliki...

Duhai adik-adikku..
Jika benar kau berusaha..
Jika benar ikhlas kau redha..
Jika benar kau yakinkan doa..
Maka ketahuilah,
Kau tidak akan kecewa...

Duhai adik-adikku...
Satu jalan yang tertutup bagimu...
Banyak lagi jalan yang terbuka untuk kau pilih..

Duhai adik-adikku...
walau di mana kau berada..
walau dimana kau ditakdirkan
redhalah.. usahalah..bangkitlah...
dan kejar kembali cita-citamu...


Pemilihan kemasukan UPU melalui kiraan merit. Kita kenelah memilih course yang sesuai dengan keputusan SPM kita. Kerana setiap jurusan yang ditawarkan, terdapat had atau peruntukan untuk jumlah pelajar yang tertentu. Memandangkan keputusan SPM 2011 adalah antara yang terbaik, jadi peluang untuk ke universiti akan dapat saingan yang tinggi. Oleh itu, pelajar kenelah memilih jurusan yang kurang kritikal atau kurang sedikit dengan keputusan SPM kite.. 

Tak gitu??


"Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan markah merit iaitu 90 akademik dan ditambah 10 markah koko sebagai markah penuh. Jika anda memohon program yang anda memenuhi syarat, permohonan anda akan diproses berdasarkan markah merit. 

Dalam hal ini, anda tidak berjaya mendapat program yang anda pohon kerana ada pemohon lain yang lebih tinggi markah merit mereka telah mengisi kekosongan yang disediakan oleh IPTA. 
Anda ditawarkan program diluar pilihan kerana mempunyai markah merit yang agak baik dan ditawarkan mengikut bidang pilihan yang anda nyatakan atau mana-mana program yang masih ada kekosongan. 
Adalah menjadi dasar pemilihan UPU dan semua IPTA, bahawa pelajar yang telah diberi tawaran tempat TIDAK dipertimbangkan rayuan untuk pertukaran. 
Untuk makluman saudara, bilangan pelajar yang tidak berjaya adalah terlalu ramai. Harap anda bersyukur dan mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal untuk terus menempa kejayaan di masa hadapan. terima kasih." -Pengarah UPU.



So, adik-adik sekalian... 
Jeng pernah melalui saat cam korang ni.. malahan waktu tu kemudahan amatlah sukar...
nak mohon UPU dan politeknik melalui borang yang berbeza.. waktu tu Jeng kene tunggu tengah malam atau awal pagi untuk submit borang tu sebab line @ server UPU waktu tu tak mampu nak menampung jumlah orang yang memohon pada waktu yang sama.

Korang kene banyak-banyak bersyukur... banyak dah pihak UPU tingkatkan sekarang. semuanya lebih mudah. Nak semak keputusan pun senang. 

Bagi adik-adik yang tak berjaya ditawarkan tempat tu, banyak lagi cara untuk berjaya. Tak semestinya tak dapat UPU kita tak leh nak berjaya. Masok poli ke, Ikm ke, Ilp ke, masok form 6 ke... sama je.. yang penting diri kita sendiri. Sikap ingin nak berjaya tu kene ada. Walau pun mula dari bawah, kita akan sampai kat atas jugak.. yang penting tu.. kene ada semangat nak mengubah kehidupan diri.


Jeng pernah kenal dengan seorang yang berjaya sekarang ni.. Dulu dia pemegang SPM jer, kerja sebagai kerani je kat bank. Dia buat target dalam hidup dia, dalam beberapa tempoh, dia mesti jadi pengurus bank tersebut. Targetnya menjadi. Lepas beberapa tahun pengalaman jadi pengurus bank, dia memasang target nak bekerja sendiri. Sekarang, dia dah jadi penceramah bebas dan buka bisnes sendiri. Satu hari ceramah dia, dah harga ribu-ribu.. jawablah kalau berhari-hari.. kalau sebulan agaknye berapalah kan?? :D