Halaman

Rabu, 27 Oktober 2010

Lensa Terbaik Anugerah Terlalu SEMPURNA


Nak dapatkan bokeh yang cun? Nak buat close-up yang mantap? nak hasil yang sharp?

Yess! semua boleh dapat dengan hanya menjaga MATA anda~

Dengan mata saja kita akan dapat white balance yang sempurna.. dengan mata saja kita dapat warna yang begitu indah, dengan mata saja kita dapat bokeh yang begitu cunnn... dengan mata saja kita dapat seperti lensa wide yang terlalu wide.. malahan tak perlu L lens @prime lens atau body full frame yang ribu-ribu.. hanya perlukan tambahan assessories seperti teropong atau kanta pembesar.. :D Bezanya kita tak dapat nak freeze moment tu.. itu aje.. tapi kita boleh save kat PC yang paling power iaitu OTAK... Teetttt... sorry lah kalau ada yang tersilap.. sebab Jeng ni baru jer dalam fotografi ni.. sebab tu la kureng nak cakap pasal fotografi ni.. :D :D

Sorry lah.. Jeng bukan nak cakap pasal fotografi dan yang sewaktu dengannya.. Tetapi, Jeng nak kongsi satu mende yang begitu penting dalam hidup kita yang mana kadang-kadang kita lupa nak jaga..

Kita selalu saja lupa nak jaga kesihatan mata, sibuk nak jaga body lah, sibuk nak jaga diet la, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan pelajaran tak kurang jugak ada yang sibuk nak menyibuk hal orang lain @ senang cerita, sibuk nak jaga tepi kain orang lain.. Nggeeee.. okeyh~ keluar topik sudah!

Memandangkan Jeng baru jer tersedar rupanya mata Jeng dah semakin kabur dan blur2 gitu..
Ntah sebab ape pun tak tahu.. maybe jugak sebab mengadap PC 10jam/7hari kot... (buat drawing+fb+blog+editting+dan yG sebagainya) :D

So.. Jeng nak kongsi tips penjagaan mata ni.. Untuk Jeng dan anda2 yang tengah dudok depan PC tu hari-hari.. lalalalala.. :D :D

Mata adalah anugerah Tuhan yang terlalu sempurna.

1. Buat pemeriksaan mata.
Sesiapa yang bekerja mengadap komputer hari-hari tu kenalah berwaspada. Buat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali tau! Pemeriksaan mata nie penting untuk mengesan masalah rabun @ Dry eye.

2. Gunakan pencahayaan yang bersesuaian.
Mata letih? gunakan eyemo.. hihhihi. OKEYH.. begini.. sekiranya anda di pejabat atau di rumah, pastikan menggunakan lampu dengan bilangan yang sedikit sahaja. Elakkan dari meletakkan PC atau laptop berhampiran tingkap yang mana akan menabah kuantiti cahaya..

3. Kurangkan silau.
Silau boleh terjadi akibat daripada pantulan cahaya dari skrin laptop @ PC. So.. kalau boleh, elakkan penggunaan warna dinding yang cerah seperti warna putehh dan gunakan lah skrin komputer yang ada filter tuhh..

4. Kelipkan mata dengan kerap.
Eyhh.. ?? Cuba senaman ni : Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan sehingga menutup mata seluruhnya.. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.. (untuk mengelakkan daripada DRY-EYE..

5. Rehatkan mata.
Ubah pandangan pada jarak yang jauh selama beberapa minit. Selalu lah lihat permandangan yang indah yang kehijauan macam hutan rimba tuhhh.. Selain dapat merehatkan mata, juga dapat merehatkan serta mendamaikan minda.

6. Berehatlah sebentar..
Kalau tengah bekerja, berehatlah sebentar.. minum air ker, makan ker tak pun tido jap.. hehe.. kalau tengah melayan game tu.. rilek arr kejap, takkan lari 'fame' dikejar.. hihihi.. :D

&. Tidur lah dengan cukup

So.. Jeng nak ingatkan diri Jeng dan anda sekalian.. gunakanlah anugerah ini dengan baik.. dan jagalah kesihatan mata anda.. :D :D

Jeng mengidam lah L lens tuh.. hihihihi... :D:D

Khamis, 21 Oktober 2010

Tarzan... Ingat lagi tak??


Yes~ !! mestilah ingatkan!

Tarzan adalah satu watak fiksyen. Filem Tarzan ini telah di tayangkan pada tahun 1999. Tarzan merupakan anak manusia yang dibesarkan oleh ibu gorila bernama Kala. Kedatangan Jane di hutan rimba tersebut membawa perubahan yang besar kepada Tarzan. Jane telah menjelaskan kepada Tarzan bahawa dia merupakan seorang manusia dan bukanlah gorila seperti yang dinyatakan olehnya. Tarzan harus memutuskan samada untuk terus berada di rimba atau pergi mengikut Jane ke London. Tak ingat lagi??

Tengok trailer ni..


Ingat lagi tak lagu ni???

Kau Di hatiku - Zainal Abidin

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya


atau versi orang putehnya...

You'll be In My Heart - Phil Collins

Come stop your cryin'
and we'll be alright
Just take my hand, hold it tight.
I will protect from all around you,
I will be here dont you cry.
For one so small, you seem so strong.
My arms will hold you keep you safe and warm,
This bond between us cant be broken,
I will be here dont you cry

CHORUS:
'Cos you'll be in my heart,
yes you'll be in my heart,
From this day on now and forever more.

You'll be in my heart,
No matter what they say,
You'll be here in my heart,
Always.

Why can't they understand the way we feel,
They just don't trust what they cant explain.
How know your different
Deep inside us, where not that different at all.

CHORUS:
And you'll be in my heart,
yes you'll be in my heart,
From this day on now and forever more.

Don't listen to them, 'cos what do they know.(what do they know)
We need each other, to have to hold.
They'll see in time, I know.

When destiny calls you, you must be strong
(you godda be strong)
I may not be with you, but you got to hold on.
They'll see in time, I know.

That your there together 'cos

You'll be in my heart,
Believe me,
You'll be in my heart.
I'll be there from this day on,
now and forever more.
Ooh you'll be in my heart
(you'll be here in my heart)
No matter what they say
(I'll be with you)
You'll be here in my heart
(I'll be there)
Always

Always
I'll be with you,
I'll be there for you always
Always and always.
Just look over your shoulder x3
I'll be there always.


Masih tak ingat lagi??
tengok lah ni...



Jeng sukee tengok filem Tarzan ni.. Tambah pulak lagu tema dia memang asyik.. 5 STAR!!


Rabu, 20 Oktober 2010

HandPhone bahaya???


Iyer ker?? kenapa pulak handphone bahaya? Nonsense!!

Tak percaya sudah!

Eheheh.. okey. Sebenarnya penggunaan handphone tak membawa sebarang musibah dan bahaya. Tetapi, pengguna handphone itu sendiri yang menjadikan Handphone tersebut antara objek yang dijadikan penyebab kelalaian dan membawa kepada bahaya.

Jeng... why? pernah jadi ke?
memang pernah.. Serius.!

Kejadian 1.

Terjadi depan mata Jeng sendiri. Tempat : Tebingan Sungai. Hari : Ahad.

Satu pagi yang indah, sedang Jeng berjalan-jalan sambil membawa sebijik kamera.. fokus mencari komposisi yang sesuai.. Tiba-tiba, KEDEEEBBBUSSSSSS..
Jeng pandang kanan.. Alamak! Seorang gadis yang membawa sebungkus beg plastik dan fokus membaca mesej di dalam handphone nya telah terjatuh di dalam air pancut!!
Gadis tersebut basah kuyup, dengan pantas lebih kurang 3 saat beliau telah keluar dari air tersebut tanpa menoleh kanan dan kiri sambil memegang beg plastik yang berisi air dan masih membaca mesej di handphone nya!!

Adehh! tanpa sengaja Jeng Terketawa... lalalala.. serius! tak sengaja.. pastu kesian plak kat dia.. semua orang tengok... Jeng memang terlepas moment tu.. kalau tak itulah shoot yang terbaik! Sebab 1st time tengok orang basah kuyup time hari panas terik... lalallalala..
Lepas kejadian tu, Jeng banyak ambik iktibar.. sebab bukan apa, Jeng pun selalu buat macamtu.. Baca mesej sambil berjalan! :D :D

Kejadian 2.

Jeng baca dari paper.. Kalau tak silap Harian Metro.. Lebih kurang sebulan lepas.
"Seorang gadis leka membalas mesej di telefon bimbitnya hampir maut"!!
Lebih kurang macamtu lah tajuk berita tu.. Gadis tu sedang leka membalas mesej di telefonnya tanpa sedar dah berada kat tengah jalan. Masa dia tersedar tu dia nak patah balik.. Last-last ada kereta tak sempat nak elak dia.. Kaabbooom! kena langgar..
Bahaya kan??

Kejadian 3.

Jeng baru je dengar cerita ni dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Sumber tu cakap... Ada la sorang budak tu berjalan dalam hujan+guruh+kilat membawa payung sambil bergayut di telefon. Teeetttt...
Tiba-tiba kilat menyambar, kabooommm.!! jatuh budak tu.. (mungkin masa tu kilat tak betol-betol kena kat dia) tapi dia masih tak cedera.. So, dia sambung lagi la becakap kat talipon.
Lepas tu, second time... kabooomm!! Innallillah..
Serius! betul-betul ngeri.. Bila Jeng dengar pon dah rasa macam susah nak percaya, tapi itulah kenyataannya..
Mak Jeng selalu cakap, jangan guna hanpon masa kilat+guruh. Bahaya. Ya.. sudah terbukti.

Kejadian 4.

Jeng tengok memang banyak sekali orang buat ni. Betol! tak percaya.. ?? tanya diri.. pernah tak main hanpon masa drive? masa bawak motosikal?? Tahu tak, selain kena saman oleh pihak berkuasa, ia boleh membawa kepada bahaya! Saman boleh bayar.. Kalau nyawa boleh beli?
Sabar! lepas sampai tempat di tuju tu barulah reply mesej @ return call.. :)

So, sekarang ni.. Jeng nak kita semua ambik iktibar dari kejadian-kejadian ni.. Teknologi dicipta untuk memudahkan kita. Bukan nak memberi mudarat ke atas kita. Jangan lalai..
Handphone memang tak bahaya langsung! tapi kita yang buat handphone tu jadi bahaya.. !

Selasa, 19 Oktober 2010

Jauhi kesedihan..Don't be sad..



Anda tengah bersedih?? ada yang menganggu fikiran anda? Jiwa kacau??
Kenapa???
Yes.. Jeng tengah bersedih! kenape? tak boleh bagitau.. :D
Jangan pernah kita lupa... segala kesusahan yang menimpa kita itu merupakan ujian daripada Allah..

Kita tidak akan pernah dapat lari dari masalah.. Tak akan! Tetapi kita harus percaya.. Lari dari masalah adalah bukan cara nak menyelesaikan masalah.. malah menambahkan masalah. So, berhadapanlah dengan masalah mu.. Cari jalan keluar tetapi jangan pilih jalan pintas.

Tips mengurangkan kesedihan.. :)
  • Redha dan berserah kepada Allah. Terimalah ia sebagai suatu ujian Allah.
  • Ceritakan pada seseorang yang kamu percaya. Ia mampu mengurangkan bebanan fikiran.
  • Satu ni memang berkesan.. Jeng penah cakap sebelum ni.. Tulis kat sehelai kertas kosong. Luahkan perasaan tu kat kertas. Dahtu pegi keronyok kertas tu betol-betol dan buang. InsyaAllah membantu..:)
  • Hilangkan fikiran negetif.. Banyakkan beranggapan positif.. so, sure happy. :)
  • Katakanlah pada diri... AKU BERHAK UNTUK BAHAGIA!
Kadangkala.. kita ni terlalu suka untuk ikutkan fikiran..ikutkan hati.. ikutkan nafsu.. Kenapa? Sebab kita tidak meletakkan akal+naluri di tempat yang utama.

Sebenarnya pilihan di tangan kita. Kenapa kita perlu memilih?
Adalah tidak adil untuk kita sentiasa memilih kesedihan..!
Pilihlah untuk gembira.. Luaskan hati.. banyak lagi kegembiraan yang boleh kita kecapi..
Mulai saat ini, biarlah kita menjadi orang yang paling bertuah kerana di uji.
Ini beerti kita layak untuk hidup dan memilih jalan hidup yang kita kehendaki..
Asalkan ia seiring dengan landasan Islam..

"mulai saat ini KIta akan menjadi lebih baik dari hari-hari semalam ,minit-minit dan saat-saat yang telah lalu..kita makluk yang bertuah kerana diuji dan insyaallah kita mampu menanganinya.. tolong ya.."

Isnin, 18 Oktober 2010

The Cave Of The Golden Rose (Fantaghirò)

Ingat tak dengan cerita ni?? Tak ingat..? apa.. tak patut tak patut..

Okey.. The Cave Of The Golden Rose ni merupakan sebuah filem bersiri bercorak fantasi. Ia terdiri daripada 5 buah siri filem televisyen yang di keluarkan antara tahun 1991 dan 1996..

alahh.. lebih kurang 10 tahun lepas la.. Iyerr.. memang dah lama.. tapi filem ini cukup istimewa bagi saya. Tak percaya? tengoklah sendiri. :)

Filem bersiri The Cave Of The Golden Rose ni memaparkan mengenai kisah dongeng dan fantasi di mana memaparkan watak seperti puteri, ahli sihir dan binatang yang boleh bercakap.

sila lah tengok ye.. enj0y~~


Ahad, 17 Oktober 2010

Kerja lah kamu.. sebelum kamu dikerjakan..! :D


Monday Sick???
Alahh.. esok kerja la..
Isshhh..malasnya nak kerja...malas nya nak pegi kelas...
Adehhh.. sakit kaki la, sakit kepala la.. tak dapat kerja esok..
dan sebagainya... :D :D

Tak suka hari Isnin?
tak baik macam tu.. setiap hari tu ada hikmah dijadikan hari-hari sebegitu.. :D Tapi kadang-kadang kita lupa, sering saja mengata "hari".
"Benci lah hari ni" Tak boleh macam tu.. hari tak buat salah pun kat kita.. :)

Yes.. Isnin adalah permulaan hari.. dan Ahad untuk sesetengah negeri.

Lakukan setiap perkara itu dengan iklas.. InsyaAllah.. kita akan mendapat kegembiraan.
Macam itu juga dengan bekerja , belajar dan bersekolah.

So, setiap hari.. Set kan minda.. "hari ini saya akan gembira dan ceria semasa bekerja"
boleh ke macam tu Jeng?
Boleh..why not.. Itulah kuasa untuk memilih.. kita pilih untuk gembira. So bergembira lah.. Kita pilih untuk stress, So stress lah.. Abis tu buat apa nak pilih stress kan kepala..
Kalau stress.. Ingatkan diri..tanya sendiri.. Kenapa kita stress..? kenapa? sebab kita terlalu banyak mengeluh.. :D Bersabarlah.

Tips Mudah menangani stress..
  • Terimalah perasaan strees itu dengan hati terbuka.
  • Bertenanglah, fokus untuk melalui stress tersebut. Err.. Kenapa Jeng..?
  • Sebab kalau nak kalahkan perasaan stress tu kita kena melalui saat-saat stress tu dengan memasukkan diri kita dalam zon ketenangan yang maksimum. Tak paham??
  • Okey, begini. Kalau kita rasa panas, mestilah kita pergi duduk depan kipas angin @ pergi mandi kan?? Tapi, kalau kita masih jugak tak buat apa-apa @ pegi duduk bawah matahari buat apa??? Caranya??
  • Ingatkan perkara-perkara yang menggembirakan diri kita. Mudahkan. :)
Geram? Sedih? Sakit Hati?
Ambik sekeping kertas kosong.. TULIS.. LUAHKAN kat situ.. Pastu 1 2 3! koyak! Pastu lagi.. BUANG tak pun pergi bakarkan je kertas tu.. :D :D
70% perasaan tu akan beransur kurang. 30% lagi terpulang kepada kita samada untuk lepaskan perasaan tu @ keep it as treasure.. ahaks..Trust me.. :)

SATU Lagi!! Kembalilah ceria.. Cakap UBIIIII... Senyumlah.. :)

Percayalah... KITA berhak memilih untuk bahagia. :)







Jumaat, 15 Oktober 2010

Last minute Study..Its work??



For me? Yes.. saya jenis yang belajar last minit.. :D


please make sure.. belajar last minit ni memang cari nahas.. Tahu tak kenapa? sebab kalau nak cover semua bab/tajuk kena lah korbankan masa tidur mu.. :D

Sebelum start belajar, pastikan add more "batery".. maksud=makan tapi jangan terlebih makan, tidur walau sejam, & yang paling penting 2 paket nescafe 3 in 1 dibancuh segelas... :D <--untuk memastikan mata tak dapat nak berkelip dah.. ahaks..:D
  • Buat note : why?? Sebab bila menulis note... sambil tulis sambil baca sambil ingat (konfem ingat) Tapi fokus! Don't dreaming!!
  • Note : seringkas-ringkas nya..Tetapi padat dan tidak ada tertinggal benda penting!
  • 1 tajuk 1 page. Supaya kelak senang nak recall.. :)
  • After cover 1 buku, ulangkaji part2 yang perlu pengiraan.
  • Formula.. Yes.. memang susah nak ingat.. Jangan ingat.. tetapi fahamkan formula tersebut.. :D
  • Target soalan> kadang2 belajar last minit ni tak dapat nak abiskan semua tajuk.. pilihlah soalan ikut suka.. :D
  • Buat soalan tahun-tahun yang lepas... Trust me.. its help a lot..!! :)
  • Yang Paling penting masa nak exam.. : pastikan jaga kesihatan, jaga pemakanan.. elakkan dari melayan maggi @ yang sewaktu dengannya..
Peringatan untuk saya dan kita semua : Belajar last minit ni tak baik nak di amalkan selalu. Bahaya! Ntah kalau tiba-tiba malam esoknya nak exam jatuh sakit..kan ke anaiya tuhhh..

Otak macam dah full memory?? ape daa.. otak tak kan full.. jangan format otak tu.. cuma letakkan memori tu pada suatu tempat yang senang kita nak refer balik..

Rasa nak telan je buku tu? Rasa nak buat makan cecah dengan air kopi? Rasa nak buat sup buku?
Tak payah.. tak ada makna pon.. sebab langsung tak berkesan.
Jeng> pernah try ke?
Penah.. penah berniat je lah.. Ahaha :D

Nak dapatkan ketenangan before exam? nak kurangkan tension? Nak tahu rahsia tak??
Mungkin semua orang dah tahu.. tapi buatbuat tak tahu la ye.. sebab saya nak cakap ni kan
"rahsia".. :D
  1. Ambik wuduk..
  2. Solat sunat..
  3. Minta restu parent.. Trust me.. its important! :)
  4. Maafkan semua orang & minta ampun maaf dari semua.. 0-0 ya.. :)
  5. Usaha+doa+tawakkal=Insha Allah
Nak berjaya? so study hard & smart... If it not happen.. maybe something was'nt right & sometime it destiny..everyhing happen for a reason. Usaha+Doa+Tawakal=Insha Allah+redha.. :)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(surah al-baqarah:216)

Juara-juara Kembar




"Juara-juara Kembar"


Pernah dengar tak?? takkan tak pernah kot... kata suka baca komik.. :D
Komik ni adalah sebuah karya dari Ho Zhi Wen. Diterbitkan kira-kira tahun 1999. Kenal?? Saya pun tak kenal. Tapi saya kenal komik beliau..:D

Komik ni mengisahkan tentang 2 orang pahlawan yang mempunyai perwatakan yang sungguh berbeza. Watak utama 2 pendekar :

1. Bilis Wira - dari Lembah Penjahat
2. Puspa Wira - dari Istana Puspa


Tahu tak apa yang uniknya komik ni...

1. Uniknya nama watak.. Sungguh! Antaranya Pendekar Angkasa (Pedang Sakti), Pelangi Ringan, Tangan Berdarah dan banyak lagi lahh... Sekarang Jeng belum jumpa lagi komikkomik masa kini guna nama watak sebegini.

2. Ilustrasi..Fuhh sungguh mengancam.

3. Jalan cerita cantikk... banyak menggunakan teknik imbas kembali.. susunan jalan cerita yang mantap dan tidak membosankan, alah.. rasa macam duduk depan tv je time baca..:D

4. Memanglah.. zaman mensia, masa Jeng masih budakbudak hingusan...memasang impian nak jadi pendekar tu.. ehehehe.. Hero katakan.. adehh~ terpegaruh!! XD

5. Komik ni memang istimewa. Kalo tak , Jeng dah lupakan dah.. kalau nak tahu sangat.. p tanya dekat orang yang pernah baca.. layannn.. serius!

Memang Jeng suka sangat komik tu.. Tapi malangnya.. Jeng hanya ada 1 copy episod pertama jer.. masa tu memang tak mampu nak beli sebab umur masih 10 tahun. x cukup duit.. :) kesian.

tahu tak? sebenarnya time tu.. Saya nak jadi macam Bilis Wira tu.. :D
nak tahu kenapa?? carilah komik tu ye.. kalau ada jumpa bagi saya. ;)


Haa.. ni Jeng nak bagi link untuk download komik ni.. Jeng baru je jumpa.. tapi belom try download g.. :D

Ahad, 10 Oktober 2010

soalan dan jawapan

Salam. Some people ask me about this questions. Ada yang saya jawab, ada yang saya jawab dengan senyuman sambil berfikir jawapan dalam kepala otak, kadang-kadang tidak ada jawapan dan jawab dengan ketawa. :D

1. >Jeng.. apa pendapat awak tentang friendship dan siapa kawan baik awak?
Jeng: ohh! for me, sahabat adalah yang ke-2 penting dalam hidup selepas family.
Honestly.. i have many friends. But a few saja can call Bff.. yes. semua orang semacam itu kan..tapi yang penting.. I love dan saya amat menghargai kehadiran setiap insan yang bernama sahabat ini dalam hidup saya.. walaupun hadirnya seketika.

2. >Jeng.. awak banyak cakap lah..awak memang macam tu ker?
Jeng: Huh?? You know what..awaklah orang yang pertama tanya macam tu. :D Yup. memang kadang-kadang I can be like that. Mungkin bercakap tentang topik yang saya suka or yang saya tahu. Tapi, percayalah.. most of people near me think saya suka diamdiam jer.. ahaks.
Okey.. sebab saya senyap: 1.tak tau nak cakap apa. 2.topik tak kene. 3.No mood to talk(ade ke camtu) 3.I love talking so much, but I rather silent jika keadaan tidak memaksa untuk bercakap..So, jawapan untuk soalan awak, saya suka bercakap, tapi saya lebih rela senyap jika keadaan tidak memaksa saya untuk bercakapbercakap dan bercakap sebab sometime i just can't stop talking. :D

3. >Jeng...Dah boleh dah tu...
Jeng: (soalan ker macam tu) hah? hahahaha.. (jawab dengan ketawa, dalam hati berfikir.. kawin..ermm belum ready lah..)

4.>Jeng... dah ada ke?
Jeng: woww.. soalan kontroversi.. saya patut jawab ke..?(di jawab dengan soalan kembali.) soalan terus di tanya oleh penyoal itu.. adess.. bla bla bla.. i've answer the question.. nak tau jawapan Jeng? tanya lah penyoal tersebut..

5.>Jeng...apa pendapat awak tentang dunia masa kini?
Jeng: Awak tanya macam tu macam lah saya hidup lama lagi dari awak.. umur kita sama la.. ahaha.. ok...kidding. Bagi saya, sekarang ni manusia dah macam berlari. Pergi kedai tujuan utama nak beli barang..tapi keluar kedai tak beli apa-apa pun. LUPA. Lupa itu, lupa ini dan yang paling bahaya... lupa tujuan utama hidup. Tahu tak kita hidup kat dunia ni ada tujuan? Tahu? Tak tahu tanya.. jangan buat-buat lupa. LUPA itu bahaya.

6. >Jeng...awak percaya cinta?
Jeng: Macam pernah je dengar soalan tu. ehehe.. Okey.. honestly, I can't live without love.
Jeng... Jiwang lah awak.. kata rock.. dalam hati bungebunge.. apa kes?
Jeng: awak.. definisi cinta ini luas.. cinta yang saya maksudkan adalah kasih sayang. Awak tahu tak semua di sekeliling kita ni adalah hasilnya daripada cinta.. Rumah di bina untuk perlindungan. Perlindungan untuk anak-anak dan isteri yang tersayang. Percambahan benih-benih cinta seperti ini apabila di suburkan lagi dengan perasaan jujur dan iklas akan mewujudkan kejayaan yang lebih besar. Contoh paling mudah> seorang anak yang sayangkan kedua ibu bapanya, sanggup menurut sahaja kemahuan mereka. Demi keinginan kedua ibu bapanya melihat kejayaannya menjadi seorang doktor, si anak berusaha keras. Bapanya pula membanting tulang untuk perbelanjaan anaknya tersebut dan ibunda pula berdoa siang dan malam berharap kejayaan anaknya..kenapa perkara ini terjadi? Inilah kuasa cinta dan kasih sayang. kerana cinta kedua ibu bapa sanggup bekorban apa saja.. demi sayang si anak, menuruti kehendak mereka(ibu bapa).

7. >Jeng...awak suka fotografi? kenapa ek?
Jeng: Yess..saya sangat sukeee.. :)) tapi semacam tak dapat nak luangkan lebih banyak masa untuk ini.. sebab saya banyak hobi..Hehehe..
Kenapa.. ermmm... sebab setiap foto yang di tangkap tu banyak maknanya. Saya bukan jenis yang pandang dan lihat saja. I think too much.. Sebab itulah saya nampak banyak maksud dalam setiap gambar walau itu bukan sebenarnya yang nak di sampaikan oleh jurugambar.:D.. Saya pikir lain. maybe in other perspektif.. I like different..
salah seorang yang berjiwa besar yang saya kagumi dalam memperjuangkan dunia editting & fotografi - Kabir Malek. Saya suka karya beliau. ehehe.

8. >Jeng...Awak extreme gamer? game apa? camne boleh kena poison ni?
Jeng: Dulu lah. Tak sah kalau tak duduk depan PC 6 jam dan lebih.. :D :D.. Yes.. susah nak percaya.. tapi tanyalah dengan orang yang gilakan online game. poison ni datang dari orang sekeliling.. memandangkan saya banyak saudara lelaki.. so berjangkit lah.. ahaks.
ok.. setahun lebih duduk depan PC 6 jam @ lebih, seharian melayan perasaan dalam online game-RYL. Yes.. nak mengejar trofi.. ending tetap sama.. server close.. server restart..reset fame-kecewa sebab penat kumpul fame..server close-bankrup! ahaks..
ada faedah ker gaming??
ada.. sapa cakap tak ada.. sila jawab.!

9. >Jeng... awak marah tak??
Jeng: marah?? soalan ke? buat apa nak marah.. ahaks..:D
bersabarlah dan jangan MARAH. Orang yang marah.. Syaitan bersamanya.. so, elakkan dari marahmarah dan marah.. banyakbanyakkan bersabar.. Bersabar itu indah..jika kita meneliti setiap perkara..Percayalah..

10. >Jeng... awak ada soalan?
Jeng: tak. Saya ada jawapan jer. ahaks.

Maaf sebab saya kurang pandai bertanya.. maaf sebab tunggu kalian tanya saya ada tak soalan nak di tanya dan jawapan saya tetap sama.."Tak, saya ada jawapan jer"

10 reason- kenapa aku semacam itu



10 reason- kenapa aku semacam itu
kenapa saya suka art, mekanikal, fotografi, nak jadi engineer, nak jadi dokter lah..nak belajar itu la..ini la..yes.. saya memang tamak. saya nak belajar semua. :D

1. Bukan angan-angan semua ni. Tapi cita-cita dan passion.

2. Okey. Memang saya tak dapat nak capai semua ni.. tapi tak mustahil kalau cukup duit. :D

3. Actually, memang antaranya adalah kerana duit,. Yup. saya tahu "PTPTN kan ada.. Pinjaman itu, ini kan ada" betol lah tu. Tapi main reason nya adalah masa. Percayalah.. masa tidak pernah nak tunggu kita. And for sure setakat ini saya tak pernah lagi dengar "masa" cakap : "okey Jeng, awak tido lah dulu, saya tunggu awak yer"

4. Sekarang saya dah kerja, percayalah.. saya rindu sangat nak sambung belajar. Sedih. sebab ada yang tak paham.

5. Bukan tak suka, tapi kurang berminat mean no passion dengan kerja sekarang. Bukan tak bersyukur, tapi nak yang lebih baik. I want more.

6. Yes, I've try. Saya dah cuba untuk pisahkan cita-cita dan passion. But its not worth. Ahaha. Cita-cita nak jadi engineer. Tapi ingin nak jadi seorang designer.
Jalan nak jadi engineer dah terbuka luas, nak jadi designer pun sama. Poning dan confusing. Boleh tak saya jadi engineer+designer?

7. Yup. I'm thinking too much. Saya ambil kira semua aspek. Kenapa, Bagaimana, sebab apa, dan apa bakal terjadi dengan keputusan. Iya.. memang susah nak buat keputusan sekiranya melibatkan perasaan orang lain. percayalah..:)

8. Saya mesti utamakan keluarga dan singkirkan jauh-jauh perasaan dan minat sendiri. Boleh ke.? Macam tak je. Okey.. i'm graduate dalam bidang mekanikal. And just receive offer from U untuk achieve my passion..

9. Yes. i admit. I'm weird and confusing. mungkin sebab saya terlalu berfikir. should I stop thinking and just waiting the time past me by.. ?

10. Apa yang penting, saya percaya dan yakin takdir Allah. I will try. Saya akan kejar cita-cita saya. Disamping itu teruskan passion saya. Sambil jaga perasaan keluarga, dan cuba untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Percayalah lagi.. Tak salah kita korbankan perasaan sendiri untuk sesetengah perkara..

Mungkin terlalu banyak reason. Percayalah lagi lagi..Everything I do for a reason tapi tidak sesuatu ini. to be continue...