Halaman

Rabu, 20 Februari 2013

Adil atau tidak?

Ok okey okey! Mana nak cari kehidupan yang betul-betul adil di muka bumi ni kan? Nama pun hidup bermasyarakat, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. (Ada, tapi kene mula dari diri sendiri dulu ye) 

Bak kata mak Jeng, 

            “If you do expected people to do as what you do, there’s no war happen in this world. So, apa makna hidup?”

Apa yang kita rasa betul dan terbaik, tak semestinya betul dan terbaik pada pandangan orang lain. No matter how hard we tried to satisfied people, there’s must be somewhere was not perfect. Kenapa? Sebab dasar kesempurnaan pada pandangan masing-masing adalah berbeza. Kenapa? Mengejar kesempurnaan semata-mata akan merugikan, kenapa? Kesempurnaan yang di cari di kalangan manusia dan kebendaan rekaan/ciptaan manusia TIDAK AKAN sesempurna kejadian Allah dilangit dan di bumi.

SO, How do we expected people to do perfectly while we know people are JUST simply PEOPLE!!

Tepok dada Tanya diri....

Pernahkah kalian berada di dalam situasi seperti ini:

  •        Ali menjadi kebanggaan bos di syarikatnya kerana rajin dan pandai berbicara. Padahal dibelakang bos, Ali merupakan seorang yang malas dan suka merungut. Ali dinaikkan pangkat setelah 3 bulan bekerja, padahal Abu yang mana bekerja dengan bersungguh-sungguh tidak mendapat layanan yang sama dari bos mereka.

  •         Siti seorang gadis yang cantik dan peramah serta cepat menyesuaikan diri dengan orang lain. Dia sentiasa mendapat perhatian dikalangan orang sekelilingnya. Ani, seorang yang pendiam dan sudah mengenali Siti lebih dari setahun. Mereka berkawan rapat. Tetapi dalam diam ani menyimpan perasaan cemburu kepada Siti, kerana orang disekeliling sentiasa memuji Siti baik dan cantik padahal Ani yang sudah lama mengenali Siti, siti bukanlah seperti yang mereka fikirkan. 


  •        Norman seorang budak yang bijak tetapi malas belajar. Suatu hari, semasa ujian dijalankan di sekolah, Norman telah meniru dan telah diketahui oleh Hakim. Hakim seorang pelajar yang rajin berusaha tetapi sering mendapat markah yang kurang daripada Norman. Norman sering mendapat pujian dari cikgu mereka dan menjadi kebanggaan sekolah. Tetapi, bagaimana kedudukan Hakim yang berusaha dengan jujur, dan Norman menipu malah menjadi kebanggaan?

Situasi pertama:
Kepada Abu, bersabarlah. Lakukan setiap perkara dengan ikhlas kerana Allah. Sampai bila kita hendak mendapatkan pengiktirafan dari manusia sedangkan dari pandangan Allah kita ini bukan siapa-siapa?


Situasi kedua:
Kepada Ani, bersabarlah. Terimalah keburukkan sahabatmu sebagai kekurangannya. Dirimu bukanlah juga sempurna. Balaslah rasa cemburumu itu dengan menutup kekurangan sahabatmu. Semoga Allah redha dan membuka semua pintu hati orang sekelilingmu.

Situasi Ketiga:
Kepada Hakim, Teruskan usahamu. Lakukan yang terbaik ikhlas demi Allah dan bukan demi pengikhtirafan dan kelayakan pada pandangan manusia semata-mata.

Dan, Kepada diri ini yang lemah, hina lagi lupa... dan kalian,
Kita jangan pernah mengharapkan apa-apa dari manusia semata,
Kita jangan pernah bergantung sepenuhnya pada manusia semata,
Kita jangan pernah melakukan apa-apa semata demi manusia saja,

Duhai Hati,
Sampai ke mati pun jika dunia yang kau kejari, kau tidak akan pernah puas.
Sampai ke mati pun jika hanya hati manusia yang kau mahu jaga, kau pasti akan selalu kecewa.

Duhai hati,
Cukuplah kau sering terluka. Cukuplah kau sering merasa tidak puas dengan segala.
Kembalilah. Ingatlah tujuan hidup. Kau tidak akan pernah sedikit pun LAYAK untuk terus membiarkan jasadmu terus hanyut dengan DUNIA. Leka diulit perasaan. Kembalilah, perbaiki hubungan mu dengan Allah.

LEKA MENJAGA PANDANGAN MANUSIA KEPADA KITA, BAGAIMANA PULA DENGAN PANDANGAN ALLAH DENGAN KITA? PERNAH KAU JAGA?
Tepok dada, Tanya iman. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan