Salam. Oh Jeng lama dah tak update blog.
Oh ya, Salam Syawal.
Bagi korang yang ada memohon UPU untuk sambung belajar mesti korang dah masok kan? kan kan?
Haritu, kawan Jeng call Jeng.
..."J, ko dapat tak sambung belajar?..."
...."Awal-awal lagi aku dah reject..."
..."Erkk, ko reject?
..."Aku kene pilih untuk mereject tawaran tu..."
Sebenarnya, haritu pihak U tu dah kecualikan Jeng supaya takyah pegi interview sebab masalah tertentu. So, Jeng dah diterima. Tapi, bila Jeng fikir-fikir lagi, rasanya cukuplah untuk masa ini. Lagipun adik Jeng pun nak sambung study kat UIA.. kalo Jeng masok gak U, sapa nak bantu kan? kan? hihihi
Habis pasal study, Jeng kene pulak berhadapan dengan dunia pekerjaan.
Mulanya, majikan Jeng yang lama suruh Jeng kerja balik dengan diaorang, tapi Jeng teringin nak cari new experiences.. Ada gak company lain yg offer Jeng utk kerja dengan diaorg utk jawatan yang sama. So, Jeng terpaksa menolak.
Tak lama lepas tu, Schlumbeger call Jeng.
..."Tahniah J, awak telah berjaya untuk menghadiri temuduga peringkat pertama.."
ERR~ tahniah? temuduga? Labuan?
Masa tu Jeng memang tak dapat nak usahakan untuk menghadiri temuduga tu walaupun hati betul2 meronta nak pegi.. :D Jeng memang teringin nak join O & G ni.. best dan sesuai untuk background study Jeng.
2 3 hari pastu.. Sebuah company milik Jepun call Jeng...
..."ok J, awak telah disenarai pendek dan telah terpilih untuk menghadiri temuduga..."
So, Jeng pergi lah temuduga ni yg mana mengambil masa 10jam untuk sampai. Sampai-sampai je diaorg suruh ambik exam dulu, dahlah Jeng takde prepare apa2 utk exam.. So, Jeng buat je lah.... err...
Exam Chemistry, math, english dan sebagainya...
So, After few week, diaorg call Jeng.. TAHNIAH...
Selepas banyak bende yang Jeng tolak atas sebab tertentu, akhirnya takdir Allah menempatkan Jeng kat sini... mesti ada hikmahnye kan, walau jauh di perantauan...
"Jeng yakin, Allah memberikan apa yang kita perlu dan BUKAN apa yang kita mahu.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan