Halaman

Jumaat, 20 April 2012

Tapi Bagaimana?


Tapi bagaimana ye? Niat dah ada.. rancangan dah ada, tinggal nak laksanakan jer..


Jeng sebenarnya bercakap tentang PERUBAHAN.
Baru-baru ni, Jeng telah membeli sebuah buku yang bertajuk Travelog Haji. Buku ni amatlah bermanfaat untuk di baca dan most recommended book!

Buku ni bukan mengenai menunaikan haji jer, tapi mengenai perjalanan perubahan dalam hidup seseorang dan dalam buku ini juga, penulis berkongsi tentang pengalamannya di tanah suci, sebelum ke tanah suci dan pelbagai cabaran kehidupan beliau dan jugak bagaimana beliau mencapai keinginan dalam hidupnya- dengan solat malam. Allah Maha Mendengar doa para hambanya.

So, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, silalah kunjungi kedai buku sekarang.

Tajuk: Travelog Haji (Mengubah Sempadan Iman)
Karya: Muhd Kamil Ibrahim
-sesuai dibaca semua peringkat umur terutamanya bagi yang mencari suatu pengisian yang mudah difahami dan juga bagi yang mahu bermula untuk melakukan perubahan dalam diri.

Sebenarnya buku ni dah lama diterbitkan, dah beberapa kali diulang cetak dan adalah antara buku bestseller. Jeng baru jer ketemu buku ini semasa mencari di internet bacaan yang bagus untuk di baca.


*Buku ni memang susah nak jumpa, sebab cepat habis. Haritu, Jeng terpaksa cari ke beberapa buah kedai buku. Alhamdulillah Jeng jumpa buku ni. Itupun naskah yang terakhir. :)

*Setiap hari, berubahlah menjadi baik dari hari semalam, biarpun perubahan itu hanya sedikit. Kerana yang sedikit itu lebih baik dari tiada. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan