Halaman

Jumaat, 17 Februari 2012

Sayap-sayap Patah

Assalamualaikum.

Hmm.. beberapa tahun yang lepas Jeng kerap menulis puisi. Dulu lah. Sekarang macam kurang je feel nak tulis. Nak melukis pun jarang. Bukan jarang-jarang, takde lagi dah. Sebab? Entah.. Jeng pun tak tau. Mungkin sebab Jeng dah fokus dengan hobi lain kot.., :D

Ok.. Ini adalah antara sajak yang pernah Jeng tulis. Jeng ni bukan puitis sangat pun.. :P Betol ke tidak pun Jeng tak pasti. Sebab Jeng dari dulu lagi tak pernah masok kelas sastera. Jeng student kelas Sains... Sekarang pun grad dlm mekanikal. So, kalau ada yg tak kene tu harap ditegur atau ignore kan aje ye.. :D


Tajuk nye: Sayap-sayap Patah


Sayap-sayap patah
Berterbangan ditiup bayu
Helaian sayap jatuh ke bumi
membawa erti
keretakkan di muka bumi..

Sang para pejuang
Lena diulit titah dan arahan
Sedangkan dasar dan fitrahnya berlainan

Walau dituruti permintaan
Pada pemuja enggan damai
Tatkala hati meronta
diminta dibebaskan

Pengemudi nakhoda sesat!
pada jalan yang bertentangan
Anak-anak kapal pejuang perang
turuti langkah tanpa keikhlasan
Begitulah hakikat kejadian

Pada yang jujur menerima!
Si penurut kata membuta tuli
Sedarilah, kamulah sakti yang beracun
Merosak seisi bangsa

Wahai perajurit!
Bangkit hadapi kenyataan
lihatlah kesahihan
Laut luas terbentang
Mata luas memandang

Kembali, buka bukumu
selak satu persatu
yakinlah apa pilihanmu
Pilihlah dengan akalmu




:::Sajak ni sempena dengan musim mengundi. Jangan keliru dengan pilihan, Buka mata buka minda, fikirlah siapa yang layak~ :::


Ada lagi beberapa koleksi.. nanti Jeng kongsi lagi.. Tengoklah, kalau rajin.. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan