Halaman

Ahad, 19 Februari 2012

Perihal Jodoh ?

Haritu, nenek Jeng tengok Jeng buka FB kat komputer, tiba-tiba dia cakap:: Jeng, nenek tengok budak sekarang bercinta dalam tuu je.. Tuu "ngeBook" <--kata nek Jeng @ FB. kenapa Jeng taknak cari gak? Carilah yang ada kerja, baik ..bla bla bla..

Ya Allah~ Jeng betol2 tak sangka nenek Jeng akan cakap macam tu.. Jeng senyum je lah.. :D

Bukan setakat tu je, 2 3 hari pastu ada lagi nenek Jeng cakap pasal cari jodoh dalam "pesbuk" ni. Mak Jeng pun join sekali.. Huhuhu.. Siap bagi contoh lagi dengan pasangan dari kampung Jeng yg dah mendirikan masjid hasil dari hubungan alam maya ni..

Jeng tak tau nak cakap apa dah.. :D Dalam hati Jeng, "Tak sangka nenek aku cakap camni" =_=''
Mesti korang heran. Lalalalalala~

Assalamualaikum pembuka bicara.
Harini Jeng sebenarnya mahu bercerita mengenai perihal jodoh.. ^_^


Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.


Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Sumber:http://ustaz.blogspot.com/2009/10/salah-faham-umat-islam-berkenaan-jodoh.html


Pada pendapat Jeng, Tak kisah lah dari cara bagaimana kita mendapatkan jodoh (melalui fb ke, twitter ke, myspace ke or jumpa in person), apa yang penting kita tahu batas-batas pergaulan dalam Islam. Kan kan kan~ :)


Usaha tu penting. Dalam fb pun usaha gak kan? Err~no



Jumaat, 17 Februari 2012

Sayap-sayap Patah

Assalamualaikum.

Hmm.. beberapa tahun yang lepas Jeng kerap menulis puisi. Dulu lah. Sekarang macam kurang je feel nak tulis. Nak melukis pun jarang. Bukan jarang-jarang, takde lagi dah. Sebab? Entah.. Jeng pun tak tau. Mungkin sebab Jeng dah fokus dengan hobi lain kot.., :D

Ok.. Ini adalah antara sajak yang pernah Jeng tulis. Jeng ni bukan puitis sangat pun.. :P Betol ke tidak pun Jeng tak pasti. Sebab Jeng dari dulu lagi tak pernah masok kelas sastera. Jeng student kelas Sains... Sekarang pun grad dlm mekanikal. So, kalau ada yg tak kene tu harap ditegur atau ignore kan aje ye.. :D


Tajuk nye: Sayap-sayap Patah


Sayap-sayap patah
Berterbangan ditiup bayu
Helaian sayap jatuh ke bumi
membawa erti
keretakkan di muka bumi..

Sang para pejuang
Lena diulit titah dan arahan
Sedangkan dasar dan fitrahnya berlainan

Walau dituruti permintaan
Pada pemuja enggan damai
Tatkala hati meronta
diminta dibebaskan

Pengemudi nakhoda sesat!
pada jalan yang bertentangan
Anak-anak kapal pejuang perang
turuti langkah tanpa keikhlasan
Begitulah hakikat kejadian

Pada yang jujur menerima!
Si penurut kata membuta tuli
Sedarilah, kamulah sakti yang beracun
Merosak seisi bangsa

Wahai perajurit!
Bangkit hadapi kenyataan
lihatlah kesahihan
Laut luas terbentang
Mata luas memandang

Kembali, buka bukumu
selak satu persatu
yakinlah apa pilihanmu
Pilihlah dengan akalmu




:::Sajak ni sempena dengan musim mengundi. Jangan keliru dengan pilihan, Buka mata buka minda, fikirlah siapa yang layak~ :::


Ada lagi beberapa koleksi.. nanti Jeng kongsi lagi.. Tengoklah, kalau rajin.. :P