Halaman

Khamis, 26 Januari 2012

Tomatoman


Hai, Assalamualaikum. :)

Korang ingat tak dengan kartun nama Tomatoman? Ingat tak? rasanya kalau orang lahir dalam tahun 80-an mesti pernah tengok cerita kartun ni kat tv. Bukan stakat ada kartun dengan kepala tomato, tapi dengan kepala pisang pun ada.. :D

Takkan tak ingat kot? Alah..

time tu Jeng masih kecik lagi, rasanya dalam umur 4-5 tahu kot.. :D tapi, baru2 ni Jeng teringat pulak ngan kartun lama-lama cam ni.. :D

Kalau tak ingat lagi, cobalah tengok link ni.. :)



Enjoy your childhood guys!

Belajar bahasa Sarawak.. Simple!



Jom Jeng ajar korang sikit2 bahasa Sarawak.. nak tak? tak nak sudah.. :P

Before that.. Assalamualaikum.. korang pe khabar? :)


Yang paling basic sekali adalah bahasa untuk membahasakan diri sendiri:

Aku/saya=Kamek
Engkau/kau/awak=kitak bukan katak.. :D

Basic yang lain-lain yang biasa digunakan:

1. Tak nak=Sikmok/sik maok
2. Jangan/tidak=sik/sikboh/sik payah/iboh
3. Ketawa=tetak
4. Sedap=nyaman(biasanya utk makanan)
5. Padan muka!=Agik rasa!
6. Bercakap=kelaka/beloya
7. Bunyi yang kuat(cth, bunyi muzik yg kuat)=nyerin (cth ayat:Nyerin na juak bunyi radio ya)
8. Juga=juak
9. Ye lah tu=nya lah ya
10. Serupa/sama= kedak
11. Lihat(cth: Cuba awak lihat sana)=Tangga/diat/nangga(cth: coba kitak tangga sia)
12. Buka=bukak
13. Kucing=pusak
14. Letih=lelah
15. Tarikh=Ari bulan
16. Televisyen=tibi/tebi
17. Jangan ganggu=eboh kaco
18. Baik=bait/bagus
19. Cakap(cth:kenapa tak cakap tadi?)=madah(cth:Kenak sik madah awal tadik?)
20. Ramai=rami
21. Sangat(cth:ramai sangat)=gilak(cth:rami gilak)
22. Hingga=sampey
23. Tunggu(cth:Tunggu kejap ye)=nunggu(cth:nunggu jap lok)
24. Periuk/kuali=Krempan(tak semua orang pakai word ni) :D
25. Pergi mana?=pegi sini?
26. Kat mana?=Rah ni?/kat ni?
27. Apa khabar?=Pe kaba tek?
28. Pisau=pisok
29. Kipas=kipas angin
30. Tingkap=Penjan

Err.. setakat ni je ye.. Nanti kalau Jeng ada idea, Jeng Update lagi erkk.. hihihi

Khamis, 5 Januari 2012

Mak, Ibu, Bonda, Umi, Mama



Tak kisah lah macam mana korang panggil mak korang, yang penting ia membawa maksud yang sama kan?

Hmmm...

Assalamualaikum kalian.. Lama Jeng tak update blog kan. Bukan busy sangat pun, cuma sedikit malas. Err.. :D

Tahu tak korang, walaupun berkata "Ah" @ mengeluh kepada ibu, kita akan berdosa. Apatah lagi menengking mereka. Nauzubillah.

Jeng bukan apa, remaja-remaja zaman sekarang mudah sangat lupa dorang ni asal dari mana, siapa yang jaga dari kecik, siapa yang bagi makan, siapa yang bangun tengah-tengah malam sebab dorang merengek nakkan susu, siapa yang tolong suapkan makan, siapa yang menyokong mereka atas apa yang mereka buat, siapa yang tolong masakkan makanan kegemaran mereka, siapa tempat mereka mengadu, dan yang paling penting siapa yang bertarung nyawa melahirkan mereka? Sila Jawab!

Kalau Jeng nak tulis semua pengorbanan seorang ibu ke atas anak-anaknya sampai minggu depan pun tak habis tulis.

Silalah baca cerpen di bawah. Banyak pengajaran. :)



*Jeng betul-betul sedih dan terkilan tengok makcik dan nenek yang dah tua kat tepi-tepi jalan, kat hospital yang bersendirian tak ada anak-anak yang menjaganya. Terlintas dalam hati Jeng, mana anak-anak mereka di kala mak bapak dorang meniti usia tua. Sobs sobs. T_T

*Jagalah hati parent kita. Kita takkan pernah ada mak bapak untuk kali kedua. Hargailah mereka sementara masih ada, doakan kesejahteraan mereka sekiranya telah tiada. Jadilah anak yang terbaik untuk mereka.

*Kita takkan pernah mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita, takkan! So, jangan lah sombong ketika kita sudah berjaya. Redha Allah datangnya dari redha IbuBapa.

*Hanya sedikit cuma pemintaan dari mereka saat mereka meniti usia emas, hanya lah kasih sayang dan perhatian.