Halaman

Rabu, 24 November 2010

Berubahlah... untuk MENANG~!!!


Tengoklah dunia sekarang~
Lihatlah kiri dan kanan~
Pandang seketika... Luaskan mata~
Apa dah jadi daa~~

Okey~ cukup!!

Kenapa Jeng?? Emosi?
> YES! betullah tu...

Pernah tak kalian rasa macam serba tak kene dengan sesuatu. Yes! memang sesuatu tu belegar-legar je kat mind Jeng sekarang dan mungkin selamanya.. Heee..

Ya~~ Sesuatu itu adalah mengenai negara kita> iya lah... Malaysia..
Pertama sekali, Jeng begitu bersyukur jadi rakyat Malaysia ni.

OK.. Jeng bukan nak cakap pasal politik. Tapi, sesuatu yang nyatanya lebih penting... Iaitu > masa depan. Masa depan negara. Yes~~ mestilah bergantung dengan kita! iaitu remaja/pelajar/anak-anak.

Sungguh terkilan, apabila melihat segala macam perilaku remaja sekarang yang memang dah "semacam". Pelbagai berita, hari-hari Jeng mengadap tv, baca news paper... ada jer yang tak kene dengan remaja-remaja seusia kita ni kan.. Peragut, Perompak, Pencuri, Pembunuh, Penipu, dan segala macam PE' lahh.. ada pulak yang berani menderhaka kepada kedua mak ayah.. Tak takut ke? Derhaka kepada kedua ibubapa balasan nya akan di bayar CASH semasa di dunia.. Tak takut ke? Jeng takut~~~

Salah siapa? Sila jawab?

Okey~ Ini selalunya jawapan dari pelbagai sumber>

Sebab berlakunya keruntuhan akhlak remaja sekarang:
1. Kurangnya didikan agama.
2. Kurang kesedaran mengenai sebab & akibat sesuatu perkara.
3. Pengaruh rakan, pengaruh media.
4. Sikap tidak bertanggungjawab ke atas diri dan orang sekeliling.
5. dan banyak lagii...

Kan?? teras utamanya adalah didikan agama.

Salah siapa?? Sila jawab??

Malaysia mahu mewujudkan hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)..Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. -Sumber dari Malaysiakini

Yupp~~ Adakah kita sedar kita sedang dijajah.. ?? Penjajahan & Penaklukan minda dengan niat yang betul.

Tahukah kita> niat yang betul tidak akan sesekali membenarkan perkara yang salah.


Apa yang salah?
Tak tahu lagi?
adehh!!

Remaja=masalah sosial =penyelesaiannya= perlu didikan agama.

Dan, kalau dah penyebab masalah sosial dijadikan sebagai modal pembangunan ekonomi negara.. dan kita masih lagi tidak sedar.. kita sebenarnya sedang dijajah!!

perkataan Dijajah yang Jeng maksudkan adalah.. Kita masih tidak mampu untuk mengawal corak pemikiran kita. Kita sering saja terpengaruh dengan media dan orang sekeliling. Tahukah KITA...

We control our mind, the way we choose, the way it will cause.

Walau bagaimanapun perubahan disekeliling kita, andai kita letakkan diri kita pada sempadan yang betul, Insyaallah, jalan kita tidak akan salah.
So, kadangkala kita tidak dapat mengubah situasi itu dan kita terpaksa melaluinya dengan perit. Tapi apa salahnya, kalau kita yang perlu berubah.

Tepuk dada. tanya minda. Nak menyusur alur sungai atau merentas arus? Apakata kita bina jambatan, tak salahkan??

Kita harus kembali kepada asal. Lihatlah diri. Kita tidak layak untuk menganiaya diri kita dengan berlaku Jahat' sedangkan Allah hanya pinjamkan kita jasad dan nyawa ini untuk tempoh-tempoh waktu yang telah di tetapkan.

So, jawapan pada soalan> Salah siapa??
Salah sendiri. Padan muka! :D

Otak kita, cara kita berfikir, Kita yang kawal. Segala yang berlaku adalah sebab dan akibat daripada apa yang kita pilih.

Tetapi,

Takdir kita, adalah kehendak Allah.

Dan, jangan kita lupa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi mereka tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri"

Ya!!

"BERUBAHLAH UNTUK MENANG!!"







Sabtu, 13 November 2010

Jeng nak pergi mana?

Bercuti?? Cuti-cuti Malaysia~~~:D

Yes, Jeng berniat nak pergi jalan-jalan.. tapi selalunya plan tak jadi.. hihihihi.. BTW, ini wishlist konon nya tempat yang Jeng berangan nak pergi & kalau berkesempatan betul-betul nak pergi ni.. :D

Dalam negara :
1. Kundasang, Sabah.



2. Cameron Highlands



3. Melaka Bandar Sejarah.
(Selain Sarawak, Melaka adalah negeri ke-2 yang Jeng suka pasal sejarahnya. Jeng sukee sejarah) :)


Luar negara:
1. Tanah Suci Mekah, Saudi Arabia


2. Niagara Fall, Ontario, NY


3. Japan, The land of the Hero (Naruto, Bleach, Kamen Rider, Ultraman) Rasa-rasanyalah, Jepun lah negara yang paling selamat tak de jenayah kot sebab banyak hero.. wkakaka~


4. Yellow Stone, US. Jeng suke tasik tuuu..


5. New Zealand... indah dan biruu.. :)


YES!! semuanya tempat peranginan kawasan gunung dan yang berkaitan dengan alam sekitar..
Jeng memang suka akan bende-mende sebegini.. tak tau pulak kenapa, mungkin kot Jeng dapat rasa connection between alam dan manusia. Jeng suka sangat hidu bau hutan.. Hehehe.. bau yang segar, rasa aman kepala hotak. betul tak.. Serius Jeng mengaku, Jeng tak suka tempat yang begitu sesak dengan hutan bangunan.!! :D

So, memandangkan JEng dah semakin rindu akan bau HUTAN, hujung bulan ni @ awal bulan 12 nanti nak buat hiking kat Gunung Santubong lahh.. :)
InsyaAllah... :)